Kelas Multimedia - Video

17 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Jun 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia – video iaitu Powtoon. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan perisian animasi berasaskan web.

Dalam kelas ini, pelajar diminta untuk membuat akaun mereka di dalam Powtoon. Setelah itu, mereka diterangkan tentang apa itu Powtoon dan kegunaannya. Selepas mereka memahami fungsi elemen dalam Powtoon, mereka diberi latihan asas supaya mereka dapat menghasilkan animasi video secara professional dan menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali